Projek Sakit/Baru dan Rancangan Jangka Panjang 2009

Berikutan nilai syiling yang masih ada. Maka, projek penambahbaik jentera sedia ada perlu diteruskan pada tahun ni kerana ia merupakan salah satu keperluan kepuasan diri. Memandangkan ia bersifat mengisi masa lapang.

Upgrade kepada Evo II


Selain itu, projek perolehan kenderaan tambahan perlu dimasukkan dalam rancangan jangka panjang kerana ia bersifat daya saing
bagi mengimbangi keperluan penggunaan semasa. Selain itu, pemilihan no. pendaftaran yang baik perlu diambil kira memandangkan perkara tersebut adalah kelebihan pemilikan baru. Dan no. pendaftaran tersebut bukanlah bersifat kekal, maka dengan ini pemindahan no. pendaftaran boleh dilakukan jika ia diperlukan bagi perolehan kenderaan mewah di masa hadapan. Insyallah.


Selain itu, projek yang perlu digugurkan adalah perolehan perabut rumah seperti Sofa L-Shape, kabinet rumah dan sebagainya. Selain itu, memandangkan pada tahun lepas perolehan TV LCD SONY Bravia 32' tidak mendatangkan banyak kelebihan, maka perolehan Home Theatre System terpaksa ditangguhkan pada tahun ini. Ini tidak menjadi masalah kerana perkembangan teknologi yang pesat memberi banyak pilihan dimasa depan.


Selain itu juga, perolehan aset yang tidak mungkin mendatangkan faedah telah dikaji semula dan aset tersebut telahpun disenarai sebagai barang jualan. Dengan ini, dana tersebut boleh dicairkan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi tahun semasa.

Antara barang yang dikenalpasti untuk dipindah milik ialah:

a) Gitar Akustik YAMAHA

b) Greddy Profec-B Boost Controller

c) Apexi RSM (Rev. Speed Meter) Blue

d) Mitsubishi Evolution I bodyparts (original) - upgrade EVO II parts

Barang-barang tersebut tidak lagi diperlukan dan akan dipindah milik kepada yang berminat. Sekian. Terima Kasih.

Labels: , , , ,