Suka dan Disukai


Apakah pandangan anda jika seseorang itu menyukai seseorang tetapi dia bersifat seperti biasa dan buat-buat taktau seperti tiada apa berlaku? Adakah dia seorang yang teruk atau sebaliknya.

Kadangkala ade orang cakap it’s depends pada reason kenapa dia jadi camtu.

Bagi aku, reason nya senang saja, dia suke tapi dia taktau cara nak propose. Tak pun dia dah tau tahap mana penerimaan orang itu. Mungkin jika dia bertindak, pasti akan menimbulkan ketidakselesaan kepada empunya diri. Agaknya dia ni boleh dikatakan seorang yang playsafe kot. Boleh juga dikategorikan sebagai kurang berkeyakinan. Kalau nak tau sebabnya lagi kena pergi detail satu persatu. Jadi tak perlu aku nak ulas semua tu. Selain itu, salah satu faktor utama adalah masa atau tempoh perkenalan mereka. Oleh itu, mereka memerlukan masa untuk mengenali antara satu sama lain. Jadi harus mencari jalan untuk melengkapkan perkara ini terlebih dahulu.

Apakah reaksi yang sepatutnya diterima oleh seseorang yang mempunyai perasaan minat tu?

If betul-betul suke pada someone, tak kisah ape reaksinya. Kalau dah suke apa nak buat kan. Sebab perasaan suke tu tak salah. Cuma yang salah ialah perasaan itu diberikan kepada seseorang yang tidak memerlukannya. Then, kalau sukakan seseorang dan mengharapkan balasan atau dengan harapan dia akan menyukai kembali, ia dikategorikan sebagai seorang yang mementingkan diri sendiri.

Tajam gak ayat tu. Tapi aku suka jawapan tu sebab jawapan tu banyak memberikan makna yang tersirat dan mudah difahami.

Labels: , , ,