Motor

31 Januari 2009 (sabtu) : 2.30 petang.

Lama juga aku peram motor tu kat kedai, ga
ra-gara nak tunggu nombor yang aku tender. Jadi, selepas semuanya selesai, akhirnya 135LC aku pun keluar. Warna pilihan hati ialah hitam putih. Tapi dalam geran dia tulis "PUTIH".

Pastu tokey tu bagi free gift yang tak seber
apa iaitu helmet, mangga kunci 2 jenis dan baju hujan. Aku ambik model yang takde klac tangan sebab, kalau ada klac tangan ni macam leceh sikit. Sebab dulu aku penah pakai motor yang ada klac tangan masa zaman Gila-Gila Remaja dan Azura dulu.

Bila nak rasmikan motor ni supaya selamat didunia dan akhirat, maka kena lah solat hajat kan dulu motor ni bagi menghindarkan segala malapetaka atau sewaktu dengan nya. Jadi selesai semuanya, bolehla ia digunakan untuk mencari rezeki halal. Jangan lupa kunci sebab kalau pakai insurans paling mahal pun motor korang still akan hilang kalau tak dijaga dengan baik. Oleh itu, faktor keselamatan harus dijadikan sebagai perkara no satu!

Berikut adalah spesifikasi motosikal LC135
Keupayaan engine : 135 s.p
(jumlah kuasa engine)
Bahan bakar : Petrol
(minyak hijau unleaded)
Tahun buatan : 2009
(mestilah yang baru)
Tarikh pendaftaran : 22/1/2009 (tarikh motor ni buat geran)
Tempat duduk : 2 orang (dalam raga tak boleh duduk)
Status pemunya : persendirian (harta aku sendiri)
Transmisi : automatik klac kaki (yang pijak tu)

Bila tengok manual ni, seperti biasa, aku lebih suke tengok gambar dari membaca. Jadi mari aku terangkan sedikit bab-bab manual motosikal buatan YAMAHA ni mengikut cara aku sendiri.

Jangan menunjukkan skill anda di jalan raya kerana ia menganggu lalulintas. Itu kata YAMAHA, kalau korang nak race jom gi trek takpun layan sprint test.


Masa memandu, anda kenalah selalu beringat dan mengambil tindakan membreak dengan selamat. Anggar jarak membreak yang selamat supaya anda sempat tekan break tu.

Jangan memecut dengan sesuka hati, dan patuhilah had laju yang ditetapkan. Kalau takde signboard tu boleh anda memecut sesuka hati sebab kalau jatuh pun anda juga yang sakit.

Last skali ni errr.. Ok.. Bila memandu motosikal bolehlah pusing-pusing town sambil mengurat awek tepi jalan tu. Mana tau kot-kot lekat sorang ke. HAHAHA~ Tak pun korang ajak je awek tu race. Amacam? Ade bran??

Nampaknya, lepas ni bolehlah aku hantar "awek" aku yang sorang lagi tu pergi tacap body sket, SPA ke. Biar putih berseri macam champion white.

Labels: , , ,