Yang Terbaik Adalah...

Kalau taknak orang tu menaruh perasaan pada anda, jangan bagi harapan kat dia. Sebab anda pasti akan melukakan hatinya. Oleh itu, lebih baik berterus-terang dan beritahulah hal sebenar samada anda hanya menganggap dia sebagai seorang kawan atau sebaliknya.

Kalau kita beritahu awal-awal, banyak kelebihannya. Dia pun takdelah nak mengharapkan apa-apa lagi. Jadi kasihani lah dia. Sebab perasaan dia tu tak salah, cuma diberikan pada orang yang tak sepatutnya terima. Kalau nak tolak perasaan orang tu, eloklah ditolak cara baik sebab hati orang pun kena juga jaga. Jangan sampai dia berkecil hati. Kalau tak sanggup nak berterus terang, bagi hint sehingga dia paham. Rasanya, benda ni memang senang paham. Sebab anda pun nak juga jaga hubungan kawan tu.

Jangan bersimpati untuk menolak perasaan seseorang yang meminati anda. Anda harus jadi kejam untuk kebaikan dia. Sebabnya, kalau anda still melayan apa jua perbuatan dia terhadap anda, dengan tujuan untuk menjaga hatinya, anda telah melakukan satu kesilapan yang besar kerana anda telah memberi harapan dengan cara tak sengaja. Dengan ini, anda boleh dikategorikan sebagai seorang yang sangat kejam kerana mempermainkan perasaan orang.

Kesimpulannya, kalau dah tak suka, jangan pendam lama. Cakap terus-terang Sebab itu lebih baik dari terus membiarkan dia hanyut dalam lautan gelora tanpa penghujung. Pasti dia akan akur dengan keputusan anda.

Labels: , ,