Batuk

Semalaman aku batuk. Batuk tu bersambungan tak henti-henti sampai tangan aku pun mula mengigil. Seksa amat. Jam handphone sebelah bantal aku tengok dah pukul 2.34 pagi. Esok nak kerja ni.

Bila pejam mata je, kerongkong aku rasa gatal-gatal balik. Aku batuk tak henti-henti lagi. Bila baring mengiring pula, lagi aku terasa. Sebab terasa leher macam ditekan bantal. Aku batuk lagi. Aku cuba tenangkan rasa gatal dikerongkong tu. Tapi tak boleh. Rasa nak batuk juga. Kemudian, bersambung. Parahnya. Pedih kerongkong aku.

Pukul 3.40 pagi, aku bangkit. Sambil tahan batuk aku ke dapur, aku harus lakukan sesuatu. Aku ambil ubat batuk dalam peti ais. Geram. Aku tuangkan terus ubat batuk tu. Setengah jam lepas tu, aku terlelap.

Labels: , , ,