Cari Bunga

Yui - Aku suka lagu penyanyi Jepun ni

Orang cakap carilah girl sorang buat bini. Masalahnya manualnya takde. Macam mana nak cari, orang cakap, kalau pergi shopping complex ke, jalan-jalan usha-usha girl kat sana pun ok gak. Kalau berkenan, pergi la mengayat atau jual minyak. Pastu mintak no handphone. Masa tu kau kena letakkan segala kemaluan kau kat dalam kocek. Takpun sebelum tu, kau kena panggil budak Bangla suruh bina tembok kat muka kau. Baru kau jadi tak malu. Tapi semua tu aku tak praktik kan sebab macam bongek je idea tu. Kalau masa student tu boleh la sikit-sikit keh keh keh Sekarang aku macam tak berani nak buat benda bodoh macam tu. Orang cakap bukan bodoh tapi gentlemen. Silap-silap sangkut satu mana tau. Nantilah aku cuba yer?? Tapi belum masanya. Macam gersang je bunyi ha ha ha

Teknik kedua ialah teknik orang malas dan senang. Register Friendster , Myspace, TAGGED or Facebook. Taruk pic manja, ayu, macho dan ensem. Cara ni girl pun selalu guna. Ada gak girl taruk pic yang seksi amat. Bila aku bukak profile girl tu, Punya lah banyak komen. Yang kumbang-kumbang gatal pun banyak kat situ. Maklumla kalau seksi-seksi ni memang lelaki (gatal) suka je tengok ha ha ha

Sambung balik. Pastu ape lagi, mula lah sesi click. Carilah mane-mane girl yang comel dalam tu. Send smile or kacau-kacau biasa. Teknik ni aku ngaku aku pernah pakai, tapi macam penat je. Sebab takde hasil yang memberangsangkan. Taktau lah kalau korang buat jadik. Kalau jadik, boleh la ajar aku. Tapi kawan aku try, boleh gak sorang awek ni. Tapi bile jumpe, lain pulak dari dalam gambar. Dalam gambar muka masyuk, bujur sireh siot muka, kulit licin, putih gebu. Tapi bila jumpa, ambik kauu.. Adalah iras-iras gajah Afrika.

Macam aku sekarang, aku tak banyak involve benda-benda gitu. Belum jumpa teknik yang konversional lagi. Usha-usha sikit-sikit ada lah. Buat-buat hilangkan buhsan mengadap pc ni.

Labels: , , , ,