Demam

Demam oh demam…tak sangka plak aku yang kebal dek demam tiba-tiba terkena jugak. Serious cakap aku memang susah kena demam. Tapi kalau kena memang 2 hingga 4 hari tu biasa. Badan jadi mengigil dan kerongkong rasa perit. Biasa kena makan benda soft time ni. Tapi yang best, selera aku tak pernah hilang.

Memang seminggu dua ni kemarau semacam je. Waktu siang memang panas terik dan sejuk sangat dimalam hari. Pada waktu malam kalau tengok langit memang nampak bulan dengan jelas. Sekarang ni bulan separuh. Jelas sangat nampak kalau tengok langit pada waktu malam. Itu tandanya tak ada awan. Bila takde awan maknenya, waktu siang memang panas sebab cahaya matahari sampai terus ke bumi.


Tapi kali ni demam ni pelik sikit. Tengahari dia ok. Bila maghrib, die datang balik. Masa tu rasa sengal-sengal tulang dan badan jadi tiba-tiba panas. Masa tu aku telan ubat demam. Then, tidur. Bila bangun. Rasa ok sikit. Nantilah aku pergi klinik. Tadi lupa nak gi.

Labels: , , ,