The Evolution

Evolution gathering
(dari kira bawah : E.4, E.2, E.6, E.6 TME

dari kiri tengah : E.8, E.9, E.7, E.3

atas dari kiri : E.7 dan E.5)


Aku suka semua versi kereta Mitsubitshi Evolution ni. Bermula versi EVO I hingga EVO X. Kereta Malaysia iaitu Proton Wira mempunyai kerangka yang agak sama dengan versi EVO I, EVO II dan EVO III. Oleh kerana moulting engine juga sama dengan kereta ini, maka pengubahsuai kereta buatan Malaysia menjadi amat digilai oleh peminat sukan bermotor negara baik yang muda mahupun tua.

Masing-masing sanggup menghabiskan beribu ringgit untuk merasai kekuatan engine Evolution pada kerangka Proton Wira. Ini adalah kerana, harga sebuah kereta Evolution versi EVO III sahaja yang telah berumur hampir 12 tahun masih mempunyai harga market yang sangat tinggi iaitu mencecah hampir RM65K. Tambahan pula, kereta tersebut tidak boleh di finance dan hanya mereka yang bermodal tebal sahaja mampu memilikinya. Itu pun tidak cukup lagi, kerana model tersebut sudah tidak dikeluarkan oleh syarikat Mitsubitshi Motor Corp (MMC).

Jikalau engine daripada jentera asal EVO dimasukkan ke dalam kereta Proton, namun ia tetap tidak dapat menyerupai sentuhan kereta asal kerana pada kerangka Proton Wira tidak mempunyai tapak bagi memasang "long shaft" bagi janaan empat roda (4WD) sama seperti kereta asal. Pemotongan lantai asal kereta Wira sememang salah dibawah Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) dan memberikan risiko kereta anda disita oleh pihak berkuasa. Jadi pemasangan engine Evo pada kerangka body Proton Wira hanya menggunakan pacuan roda depan sahaja dengan cara lock 4WD. Ia amat biasa dilakukan pada kereta Proton Wira.

Dari segi kestabilan pula, kerangka Proton Wira adalah sangat ringan berbanding kereta asal jadi amat sesuailah pernyataan ini "Kereta untuk Rakyat". Lebih ekonomi dan murah. Maka, tak hairanlah ramai rakyat Malaysia yang memakai kereta Proton.

Biasanya pengubahsuaian secara keseluruhan Proton Wira mencecah RM40K dan jika dikira berdasarkan harga Proton Wira pada tahun 2005 iaitu RM48K versi full spec. Jumlah tersebut mencecah RM88K. Namun, jika dikira jumlah intrest bank yang ditanggung oleh pemilik, ia hampir-hampir mencecah nilai RM100K bagi sebuah kereta Proton Wira !!!?

Tetapi semua itu bukanlah isu nya, kerana ada yang menganggap ia adalah kepuasan diri dan mereka tidak pula merasa perkara tersebut amat membazir.

Antara versi Evolution I, II dan III. Versi yang paling terkenal ialah versi EVO III. Jadi tidak hairanlah harga bagi engine 4G63T EVO III amat mahal berbanding EVO I dan EVO II di pasaran kedai potong body. Bermula daripada bodypart hingga kepada panel pintu. Berikut merupakan versi EVO I, II dan III ;


















Evolution I


















Evolution II
















Evolution III

Evolution X

Jika dilihat EVO X
, ia memang tak tumpah seperti model Lancer GT. Tetapi dari segi performance dan engine, versi Evolution terkenal untuk perlumbaan Rally kerana dilengkapi sistem fulltime 4WD (fulltime four wheel drive) disamping mempunyai horsepower (HP) engine yang jauh lebih tinggi. Manakala Lancer GT hanya mempunyai kapasiti engine N/A 2.0 (Natural Aspirate).

Labels: , , ,