Kahwin Student?

Kahwin dengan student? Topik hangat lagi meletup ni. Okeh, pada pandangan ikhlas aku, ia tidak menjadi masalah kalau seseorang itu berkahwin dengan student. Reason, student itu pasti juga akan grad dan memperolehi pekerjaan. No need to worried.

Tapi pada aku, itu terpulang pula pada kebenaran orang tua mereka (itu sudah pasti). Kalau kedua-dua tengah study, then kahwin pun tak salah sebenarnya. Ben
da yang baik ni elok dicepatkan. Biasa mereka ini (student tahun akhir) macam dua, tiga kawan-kawan aku (sape ye?) tengah hangat nak berkahwin, oleh itu, nasihat aku, silalah menempah calon-calon terlebih dahulu. Bonus pada yang dah ada calon. Pastikan ada income yang boleh support untuk korang bekeluarga nanti kerana cinta sahaja sudah pasti amat tidak memadai.

Berbalik pada student yang akan grad dan memperolehi pekerjaan. Yang confirm akan bekerja ialah student KPLI, student UPSI, student MEDIC biasiswa kerajaan, student pendidikan awam dan seangkatan dengannya. Ada lagi yang tertinggal sebenarnya. Lepas ni saham student ini akan melonjak naik umpama saham di Bursa Saham Antarabangsa.

Sebenarnya, ramai yang menaruh impian, lepas sahaja belajar, bekerja dan kahwin. Semua nak cepat. Yelah nak buat ape tunggu lama-lama. Sebab lagi lama, lagi susut nilai. Macam aset kerajaan. Sila jangan jadikan diri anda sebagai barang antik kerana ia adalah berbeza sama sekali.

Pendapat jujur. Lelaki lebih berumur amat diminati oleh gadis-gadis remaja. Konon, amat penyabar, tak panas baran dan cool selalu. Perempuan pula suka kan lelaki yang matang. Kalau perempuan berumur, susah sikit lah. Maafkan aku kalau pernyataan ini amat memeritkan. Hakikatnya, perempuan yang agak berumur biasa menjadi isteri kedua, part time lover atau sewaktu dengannya. Maafkan aku sekali lagi jikalau ada yang terasa. Sebab itu, biasa parents akan risau jikalau anak perempuan nya gagal untuk berkahwin sebelum mencecah umur 28 tahun.

Labels: , , ,