Keturunan

"Pungguk terbanglah bersama Pungguk, Enggang terbanglah bersama Enggang dan Merak terbanglah bersama Merak"

Namun, semua itu tak sama dengan ayam. Ayam bandar dengan ayam kampung, dua-dua dipanggil ayam jua, apabila dihidangkan dalam mangkuk yang dihias indah.

Begitu juga manusia. Keturu
nan juga diinginkan. Kalau aku berketurunan Tengku, nak ke aku kahwin dengan orang yang tiada Tengku? Kalau nama aku Nik, nak ke aku kahwin pada orang yang tiada Nik? Kalau aku keturunan Syed, nak ke aku kahwin pada orang yang tiada nama Syed? Jawapannya, mereka sahaja yang tahu. Noktah.

Mungkin betul juga kata mereka, sebab kalaulah mereka berkahwin pada orang yang bukan seangkatan maka, hilanglah nama keturunan tu.

Bukankah itu semua hanya sekadar nama? Kenapa perlu pertikaikan semua tu? Itu hanya pandangan kerdil kita. Bagi mereka yang amat menjaga keturunan tersebut, sememangnya perkara itu adalah perkara paling asas pada mereka.

Pada masa s
ekarang, ramai juga yang tidak mengambil peduli hal tersebut, kalau dah suka, dah berkenan, kenapa nak pedulikan semua itu. Sebulan lalu, seorang kawan aku baru sahaja berkahwin dengan teman wanitanya berketurunan Sharifah. Bila aku selidik cerita disebalik perkahwinan tersebut, keluarga pihak perempuan tidak lah amat memilih keturunan. Bak kata orang, semuanya terpulang pada pasangan tersebut. Cinta itu buta dan membutakan mata mereka.

Berbalik pula pada kisah abang kandung aku sendiri, dia akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis berketurunan Nik. Tak pastilah Nik Mulut Merah or Nik apa? Kalau dikaji mengikut sejarah dan cerita orang-orang lama. Nik adalah keturunan penjaga ayam laga raja. Wan pula adalah keturunan penjaga lembu dan kerbau raja. Dari segi kesahihan cerita, aku pun
belum pasti. Tapi disini, family aku bukan pula berketurunan Nik. Semuanya mungkin jadi jika ada keserasian untuk hidup bersama.

Seorang kawan perempuan aku yang juga berketurunan Tengku berpendapat keluarga beliau tidak kisah pun tentang pemilihan calon pada bukan keturunan yang sama. Tambahannya lagi, kalau beliau berkahwin dengan lelaki yang bukan berketurunan Tengku, maka anak lelaki beliau boleh juga dinamakan dengan nama Megat. Turun taraf sikit lah. Itu bagi keturunan Tengku bagi kerabat Terengganu. (Hak cipta terpelihara)

Jika dipandang dari segi ”penjenamaan”, memanglah nama tersebut agak gah pada pandangan seseorang namun semua itu terpulanglah pada seseorang untuk menilai sendiri.

Labels: , , ,