Lepas Geram

Bukan aku nak kutuk tapi inilah kenyataan. Bermula dengan gejala ponteng kerja, berkelakuan kurang sopan. Menganggu orang lain dan tidak amanah serta pemalas. Tidak proaktif, bermulut manis tapi sebenarnya kosong dan busuk di dalam.

Kenapa kau tak pencen je. Sebab kau kan dah tua bangka, tapi perangai macam haram. Kalau dah taknak sangat kerja kau berenti je. Biar budak-budak fresh gradute yang nak kerja tu buat semua kerja.

Apa sumbangan kau? Komputer tau guna tak? Nak komputer baru tapi haram tak tau guna pun. Kau cakap pandai lah. Gosok sana, gosok sini. Kutuk orang macam-macam. Itu tak betul, ini tak betul. Padahal kau sendiri yang tak betul sebenarnya!

Kau ni banyak je idea, komplain tu, komplain ini. Kau boleh buat ke? Cakap bole la. Yang sorang lagi tua ni plak tau hilang je. Sikit-sikit hospital. EH~ aku dah tau la taktik kau. Kalau nak pergi sangat pergi hospital meh biar aku hempuk kepala kau dengan keyboard ni. Ikutkan hati aku, malas nk lalui semua ni.

Labels: , , ,