Luruh


"Makcik.. kenapa daun pokok ni gugur? Diorang taruk racun ke kat pokok besar ni?" Tanya aku dengan nada serius.

"Taklah, sekarang kan musim kemarau. Bulan dua (2) memang daun pokok ni selalu gugur. Dah memang musim dia sekarang. Lepas ni pokok ni akan berbunga, dan kemudian akan mengeluarkan buah. Biasa tahun-tahun sebelum pun memang macam ni pun... biasa dah." Jawab makcik tu dengan bersungguh.


Aku menganggukkan kepala tanda paham. Patut la, banyak daun gugur bawah ni. Pokok pun bermusim kan? Ada masa ia gugur, berbunga dan berbuah. Sama tak dengan manusia? Ia membuat aku berfikir sejenak.

Bila time tengahari, aku selalu jugak hilangkan haus di warung ni. Releks kan minda jap sebelum sambung buat kerja.

Labels: , , ,