Malam Ini

Malam ni dingin sekali, selepas selesai sesi bengkel, aku keluar sambil melihat keindahan suasana malam di kawasan resort.

Nyaman sekali. Aku sukakan kedamaian ini, suara ombak memukul pantai jelas kedengaran disamping sahutan deruan pokok rhu yang ditiup angin malam. Sunyi rasanya. Malam ni bulan mengambang penuh. Aku berfikir sejenak, fikirkan nasib aku yang kian menghitung hari. Nampaknya, masih belum ada yang sudi.

Kedinginan malam ini terasa mencucuk tulang. Ditambah pula, keadaan kesihatan aku yang belum pulih sepenuhnya. Eloklah kiranya aku masuk berehat sambil menunggu hari esok. Semoga hari esok akan lebih baik dari hari ini.

Labels: , , ,