Panjang Licin

Suatu malam isteri Nabi Muhammad s.a.w telah bermimpi dan mengidam untuk memakan sejenis haiwan yang panjang dan menyerupai mirip seekor ular. Ketika itu, tiada haiwan yang menyerupai apa yang dihajati oleh isteri beliau dan ini menjadikan Rasulullah s.a.w susah hati dan Baginda berdoa kepada Allah s.w.t supaya diberi petunjuk dan wahyu kepada Baginda. Ini adalah kerana ular adalah haiwan yang haram dimakan.

Dengan berkat doa Baginda, Allah s.w.t telah menurunkan wahyu dan menjadikan sejenis haiwan yang panjang menyerupai ular namun haiwan tersebut mempunyai insang dan tidak bersisik serta habitatnya menyerupai sejenis ikan. Maka, wujudlah haiwan yang dipanggil belut. Belut ialah haiwan akuatik yang boleh dikategorikan sebagai ikan. Haiwan ini dianugerahkan oleh Allah s.w.t dengan khasiat yang baik dan boleh juga dijadikan penawar. Begitulah serba ringkas cerita asal usul belut.

Belut sebenarnya jenis yang makan makanan yang baik, menurut penangkap belut, disini, belut daripada kawasan semulajadi amat sukar diperolehi dan jika dipancing, ia hanya berminat dengan umpan ikan yang direbus(masak) dan bukanlah ikan mentah.

Namun, belut moden yang diternak diberi makan belulang lembu yang diterapkan bersama tanah didalam kolam. Sedap sebenarnya belut ni. Rasanya amat pure dan berkhasiat tinggi. Lebih sedap daripada ikan keli. Jika pandai masak, sebenarnya tiada bau hanyir. Cubalah.

Labels: , , , ,