Soklan Pasal Pelamin

Oleh kerana permintaan cik azie si tapak sulaiman yang budiman, jowo pon jawablahh TAG ni. Nanti die merajuk tersedu-sedu. Jadi mari aku selesaikan TAG ni dengan cara aman dan berhemah sekali.

Seperti biasa : Pernyataan press conference ni tiada kena mengena dengan siapa-siapa mahupun yang masih hidup atau telah mati. Ia adalah angan-angan aku (kalaulah aku). Namun, segala pernyataan tersebut adakala berubah-rubah mengikut keperluan semasa. Take noted okai?

1. How old are you?

Kalau ikut pada perkiraan yang accurate, aku baru nak masuk 28 tahun sebenarnya. Tak caya tengok profile. Sebabnya ialah aku lahir pada akhir tahun. Tapi biasa orang tanya, aku cakap 28 tahun lah sebab malas nak explain panjang. Tahun depan dah diambang 30-an. Dah nak masuk 30 ke? Tua nya akuu!!!! Tapi mari kita dengar kata sahabat kita diseberang laut "life begin on 40th" hehe so sekarang aku boleh diibaratkan sedang pada peringkat suku pendakian. Jauh lagi nak naik ni. Banyak belum buat lagi.

2.Are you single?

Single. Jangan tanya sebab pe single. Sebab jawapannya ialah I have a bad luck. Maybe.

3.At what age do you think you'll get married?

Kalau azie nak kahwin besok pagi. Aku kahwin sebelah malam. Sebab nanti takde orang nak datang tengok aku naik pelamin haha Ikut pada perkiraan statistik aku pada entry lepas dan impian aku pada usia 24 tahun, aku memang planning nak kahwin pada usia 28 tahun. Tapi bila dah ade steady job dan berpencen, aku rasa sangat rugi kalau lambat kahwin. So, pada target yang lepas, aku masih belum tersasar pun. Paling teruk tahun depan mesti Get Married gak. Itu kata parents aku. Wahai gadis-gadis diluar sana, dimana anda menyorok? Hamba datang dengan hajat yang besar ni hahaha :P

4.Do you think you'll marrying the person you are with now?

Ermm soklan ni susah nak jawab sebab aku pun kabur dengan situasi sekarang. Sebenarnya, blum ada girl yang betul-betul attach dengan aku. I means yang single.

5.If not, who do you want to marry?


Kalau azie ada listing semua tu, maka dia patut buat pilihan yang terbaik hahaha kalau aku, listing tu memang tak wujud sebab aku bergerak mengikut gelombang arus. Maka, kalaulah aku ini diibaratkan sebagai seekor kumbang dan dibawa angin, aku akan hinggap pada kuntum yang berada disekitar aku. Faham-faham jelah.

6.Who will be your bridesmaid & bestman?

ermmm.. tengoklah nanti. Maybe adik beradik aku kot. Takpun sape-sape nak volunteer.

7.Do you want a garden/beach or traditional wedding?

Aku jarang gi majlis kahwin. Mana-mana je pun aku ok. Sebenarnya, aku takde kompromi sangat pasal majlis tu. Janji akad nikah tu kena buatlah haha tapi masa sesi photography, cantik kalau buat tepi laut sebab pic tu kan nampak sangat nyaman dan romantic.

8.Where do you plan to go on honeymoon?

Ermm tengok budget ni. Kalau si perempuan taruk hantaran sampai buat aku muflis, honeymoon kat Seri Malaysia pun jadi hahahaha Kalau boleh setiap hari minggu honeymoon :P

9.How many guests do you think you'll invite?

Aku jemput semua yang kenal aku, semua ketua Jabatan aku, bos-bos, kawan-kawan, kontraktor-kontraktor, tokey-tokey cina, tokey syarikat pembekal, jiran-jiran, waris waras, pengusaha bot, pengusaha ternakan, pengusaha IKS, peraih-peraih pasar borong, tokey bengkel, foreman turbo, budak-budak 4G GSR@EVO turbo, CEO Bigdaddy dengan staff, semua-semua staff di Johor mahupun Kelantan, serta geng-geng officer 41 seluruh Malaysia senang citer semua yang mengenali diri ini. Ada lagi yang tinggal tak? hehe

10.Will that include your exes?

Exes aku pun penah ajak aku gi majlis die. So, aku pun takde masalah nak jemput mereka itu hehe

11.How many layers of cake do you want?

Kek? Ermm kalau aku, aku suh je future wife aku decided. Aku ikut je. Malas nak pikir pasal kek sebab masa tengah pilih kek mungkin kepala aku sibuk duk hafal camna ucap lafaz akad nikah tu hahaha

12.When do you want to get married, morning or evening?

Akad nikah malam sebelum. Besoknya bersanding. Malam tu aku balik umah aku sebab nak prepare majlis kat rumah aku pulak hehehe tapi kena cari masa tuk sesi photography. Aku ingat lepas semua tu. Takpun separuh-separuh.

13.Name the song/tune you'd like to plat at your wedding

Lagu wajib : Selamat Pengantin baru versi akustik hahaha
Malam tu, lagu Aizat ; Lagu Kita ..
Lagu joget pon ok gak hahaha

14.Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?

Pakai tangan lah. Kalau makan beradab, aku nak suapkan nasi kat mulut wife aku hahah romantic tak? Kunun..

15.Champagne or red wine?

Iskk haram dol… Biasa sirap limau ke, oren ke bolehla..

16.Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?

Hari-hari boleh tak? Semasa belum dapat first baby tu memang hari-hari honeymoon hahaha tapi officially, aku akan cari satu tarikh. Pergi ke tempat yang bercuaca sejuk dan nyaman. Bolehla aku bermadu asmara disana tanpa gangguan. Handphone off okai hehe :P

17.Money or household items?

Dua-dua perlu tu.. kalau or.. money la kot. :) Tapi kalau orang bagi hadiah, aku terima je ape saja.

18.How many kids would you like to have?

Minimun 4 orang. Maksimun 6 orang kot. Tapi tengoklah keadaan kewangan dan umur semasa. Umur wife tu mempengaruhi segalanya disamping rezeki Tuhan bagi.

19.Will you record your honeymoon in DVD/CD?

No video tp photo mesti okai?

20. Whose wedding plan would you like to know next?

ni orang yang aku TAG. WAJIB jawab :

1) ijechan 2) fatin nabila 3) ayares151 4) farah aminuddin 5) filanastasia
6)
honeybee 7) ladybug yna 8) saffiyahnajlah 9) mizzamy
10)
dimme damiah 11) ummphs..


Tolong jawab TAG ni okai..aku pun terasa hati gak kalau korang tak jawab TAG ni. Kawan-kawan tolongla sporting ye? Aku tunggu TAG korang.

Labels: , , , ,