Tayar Motor


Masa lunch hour tadi, aku keluar merempit jap. Plan nak beli tayar motor baru. Nak beli yang besar sikit, sebab yang standard punya macam kecik je. Kesian rim aku. Pastu nanti baru best sikit nak layan corner. Tak sah kalau barang aku pakai, aku tak ”sentuh” . Itu dah memang perangai aku sejak kecik.

Tadi aku survey kat kedai sparepart motor. Planning nak masuk tayar 80/90 Dunlop TT 900. Harga kedai pertama, amoi tu kasi RM80 sebijik siap pasang. Rasa macam murah je. Sebab aku biasa beli tayar kereta YOKOHAMA R1 205/55/16R pun sebijik cecah RM250. Empat (4) bijik dalam RM1,000. Kalau YOKOHAMA NEUVO mau jejak RM300 sebijik. Kat Klang dapat murah sikit kot. Tak banyak dalam RM20 – RM30 je beza.

Oleh kerana aku tak dapat baca harga market barang motor, aku macam bengong sikit. Sebab aku tak pernah updated harga parts untuk motosikal sejak 4 tahun lepas. Maka, bila dah pakai motor ni, kenalah catch up balik. Pastu, aku survey dua, tiga kedai dulu. Last dapat harga RM62 siap pasang. Lagi murah la. Taktau la mana bleh dapat harga lagi murah dari aku dapat ni. Nasib baik tangan ni tak gatal je nak bayar.

So, masuk sepasang dalam RM120 kira cincai lah. Lu senang wa pun senang tokey! Tapi aku belum tukar lagi sebab tayar yang aku pakai sekarang ni pun baru masuk seminggu lebih. Baru lagi tu. Kena bawak balik jugak tayar ni, leh kasi hadiah kat adik aku. Motor dia pon macam dah gondol je tu. So, aku hold dulu. Tukar time lepas opis hour lah. Takde la comot sangat aku nak galas tayar tu kat bahu nanti. Maklumla, gua pakai batik hari ni bang.

Tak sangka pulak bila beli motor baru dapat pulak rebat roadtax RM150. Ambik duit kat pejabat Pos. Ape lagi, dah lepas tu buat beli tayar baru untuk LC aku ni. Murah hati betul kerajaan Malaysia. Hidup kerajaan. HAHA~

Labels: , , , ,