Bunyi Haiwan

Murid-murid sekalian..Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak uji kamu semua dulu.

"Macam mana bunyi lembuu???" Tanya cikgu.

"MmooooooooOOOOohh" Ahmad jawab dengan bersemangat. Mentang-mentang bapak dia bela lembu. Memang bunyi tu kacang je buat Ahmad. Sengih dan bangga je Ahmad jawab. Kau memang terrer Ahmad.

"bagusss Ahmad…" puji cikgu.

"Murid-murid macam mana bunyi ayam??" Tanya cikgu lagi..

"Kok kerekkkkkkkkkk kokkk…." Muncung je mulut Azli membuat bunyi tersebut.. Wahh.. memang Azli tau bunyi ayam sebab biliknya sebelah reban ayam kepunyaan bapak dia. Bila bangun pagi ayam jantan tu selalu je berkokok bila lampu bilik Azli dinyalakan.

"Bagusss Azli...."

Bangga gila si Azli time tuh.. Muka dah separuh poyo..

"Murid-murid macam mana bunyi buaya??" Tanya cikgu pada sorang budak perempuan yang dari tadi macam nak jawab je. Tapi takde peluang. Angkat tangan tapi cikgu macam tak nampak je.

"Buaya?? erkkkk..taktau cikguu…" Jawab Nina takut-takut. Dia memang taktau sebab rumah Nina memang takde buaya hanya baju cap Buaya je yang biasa dia lihat. Tu pun milik bapak dia.

"Bunyinya macam ni… fiiweeetttttttttttttttttt.." cikgu mula ajar satu benda baru. Seronok siot cikgu ni ajar.

"Peliknya bunyi dia..tak pernah dengar la..masa saya pergi zoo dengan mama pun buaya tak pernah ada bunyi.." Nina garuk-garuk kepala kebingungan.

Tu bunyi buaya darat…. Jawab cikgu ringkas. Cikgu ni memang nak kena sekeh je kan? Sik baik aku bukan anak murid beliau.

shino said : pic by Flickr

Labels: , , ,