Cantiknya Wanita

Cantiknya wanita mungkin terletak pada sepasang matanya yang menjeling tajam dan kadangkala menjeling manja. Bibir mereka juga tak jemu-jemu melontarkan senyuman. Indah sungguh.

Jika direnung pandangan tajam mu wahai wanita, si jejaka boleh terkena panahan bisa itu. Sangat mengasyikkan hingga tiang lampu sebesar gajah pun tak kan nampak di depan mata.
(Hak cipta gambar terpelihara)

Suaranya yang lunak dan gemersik hingga membuat si jejaka terumbang ambing dan memasang angan-angan cinta. Sekaligus menghangatkan perasaan kasih sayang. Suara lembut dan manja itu adalah senjata mereka yang boleh mencairkan hati si jejaka.

Lenggok badan yang mengasyikkan, mengiurkan pasti membuatkan si jejaka gelisah. Sehinggakan Pak Aji bertongkat pun sempat betulkan kain pelikatnya. Dasyat kau wahai wanita, gaya mu sangat mengoda walaupun pada hakikatnya ia adalah keadaan biasa kamu.

Namun, betapa baik sekalipun ia dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, lusuh dan akan berkedut.

Dan yang tinggal hanyalah ialah sifat kewanitaan itu. Ia takkan luput walaupun usia mereka menjangkau setengah abad.

shino said: Credit untuk Mira

Labels: , , ,