"Dingin"

Kenapa sesetengah perempuan bersikap dingin? Bagi aku, macam takut je kalau nak rapat dengan mereka ini. Sebab macam tak okay sangat. Nanti dia tuduh kita terhegeh-hegeh. Muka taktau malu dan pipi disorong-sorongkan. Dalam maksud ini, lelaki bukan menjaga ego jika mencuba berkali-kali untuk rapat dengan mereka.

Alangkah bagusnya kalau perempuan itu bersifat agak peramah dan menghargai lelaki yang ingin rapat dengan mereka?

Tidakkah mereka merasa beruntung jika disukai? Tak bolehkah mereka menghargai lelaki yang meminati mereka? Salah ke? Atau mereka perasan yang mereka sangat bagus?

Kalaulah tak suka sekalipun, janganlah bersifat dingin dan pentingkan diri sendiri. Kena juga menjaga perasaan orang. Rasanya mereka yang jenis macam ni tak akan berubah. Jadi tak guna kalau pedulikan mereka. Orang kata bunga bukan sekuntum. Namun, yang harus dipetiknya hanya satu.

Kalaulah suatu hari nanti, orang dah taknak mereka lagi, baru terhegeh-hegeh nakkan balik. Nampak macam tak ikhlas kan?

pic by flickr

Labels: , , ,