Edisi : Malang Tak Berbau

Waktu tengahari, aku nak keluar pergi bank. Ada urusan nak diselesaikan di sana. Ambil helmet ARC dengan baju jacket, aku turun ke parking motosikal. Sampai je area parking, aku mula membuka seat motor sebab nak simpan mangga SOLEX motosikal.

Tiba-tiba lalu seorang perempuan. Sempat juga aku skodeng di celah-celah batang rim motosikal LC tu. Samar-samar je. Muka tak berapa nampak. Tapi susuk tubuh macam mengiurkan.

Tangan kiri dijangkau untuk simpan mangga kunci dibawah seat dan kunci motor terlekat pada mangga yang terlupa dibuang. Maka...

CLICK!! .. seat motor terkunci..

Bila aku bangun. Baru aku perasan. Kunci motor aku sudah dikunci bersama-sama mangga dibawah seat.

Alamakk!! Malang sungguh. Kunci spare tak bawak pula ni. Maka, haritu aku terpaksa melupakan niat tu. Tambahan pula, aku terpaksa balik dengan kenderaan pejabat. Hampess nye!! Ni semua perempuan tu punya pasal.

Labels: , , ,