Hangus

Di suatu petang yang hening. Lepas office hour. Oleh kerana otak dah tepu dan sangat tensen dengan hal staff yang bongek (ayat siapa ye?) Maka, aku dapat idea, nak kenakan sorang budak ni. Panggilan telefon office terus ke no handphone dia :

”Hello...Assalamualaikumm..”

”Waalaikummussalaamm.. sape ni?” tanya beliau.

”Err..Saya daripada pejabat HEP bla bla bla (rahsia) dan ada maklumat yang perlu saya tauu berkenaan tempat bla bla cik. ” tanya aku nada amat serius.

”Errrrr.rr. okay.. apa yer?" ..Beliau terpinga-pinga kebingungan

”Sebenarnya saya baru terima aduan berkaitan masalah tempat awak.....” tanya aku yang cuba serkap jarang. Sebab aku pun tak tau ape masalah sebenarnya kat sana hehehe

”Oh, pasal komplain kah?” beliau bertanya lagi.

”Yaaa..pasal komplain ni, saya dah terima lima (5) aduan ni.. ada maklumat tak? sila kemukan kepada saya sekarang..."

”Errr...takde masalah sangat sebenarnya, Cuma makanan kat kantin tu agak kuranglah..kurang sedap!” Jawab beliau dengan jujur dan lurus.

”Boleh saya dapatkan nama cik?” part ni paling best hahaha

”Nama saya bla bla bla...(rahsia) ” jawab beliau

”No kad student cik?” tanya aku lagi..dah macam Pegawai Penyiasat plak..

”Errrr...emmmm.. bla bla bla .. (gugup)” Aku dengar macam tengah hafal no kad student dan perasaan yang amat serba salah hahaha

Pada mulanya, aku nak teruskan juga..tapi rasa geli hati dan senak perut dah tak terboleh tahan dahhh.. dann akhirnya...

Ha ha ha HAHAHAHAHAHAHAHAH

Pecah juga..

*Shino said: kepada beliau, saya mohon seribu kemaafan diatas apa yang berlaku..

Labels: , , ,