Masih Jauh

Sebelum aku masuk kerja macam sekarang, aku ada dua je harta milik mutlak aku iaitu motosikal RXZ aku dengan handphone Nokia 3310 serta saving ASB dan Tabung Haji.

Lepas interview SPA, motosikal RXZ kesayanganku hilang. Mau sasau je aku. Macam orang hilang bini. Tapi, Tuhan sangat adil. Aku berjaya dapat kerja melalui interview tu. Aku tak sempat menganggur lama. Lima (5) bulan lepas grad degree, aku masuk kerja sebagai penjawat awam berstatus tetap. So, aku memang takde pengalaman kerja private sektor. Lagipun, masa tu family aku tak bagi aku kerja ke Kuala Lumpur. Katanya, takut terjebak dengan benda tak elok.

Masa, (5) bulan aku menganggur dulu, aku sempat bukak gerai burger, berniaga dengan modal sendiri RM400 dan perkongsian dengan member. Alhamdulillah, rezeki berniaga tu bolehlah aku dan kawan-kawan melancong ke Pulau Perhentian. Tak jauh pun. Tapi semuanya pakai duit sendiri.

Masuk dua (2) bulan berniaga. Kawan rapat ajak bukak kolam ternakan ikan siakap. Kata mereka, mengusahakan ternakan akuakultur boleh menjamin masa depan. Ada juga income kan? Tapi, masa kitorang dalam proses setup projek tu, aku terpaksa tinggalkan mereka oleh kerana aku telah menerima tawaran permanent job dengan government. Dan mereka juga mengikut jejak aku selepas setahun kemudian.

First posting ialah bandaraya Johor Bharu pada 2hb Ogos 2004. Bila masuk tiga (3) bulan kerja, aku sambar sebuah kereta Proton Wira sedan baru. Akhirnya, aku tak lagi ke office menaiki bas pada setiap pagi. Tu lah kereta pertama aku pakai sampai sekarang. Mula-mula berhajat juga nak pakai Civic Ek9. Tapi masa tu, aku kan baru kerja, lagipun bayaran muka untuk kereta tu RM30 ribu. Mana nak cekau duit bang. Mak aku selalu pesan, nafsu tu janganlah besar dari kemampuan. Aku ingat pesan mak sampai sekarang.

Bila ada duit sikit, ekonomi agak stabil. Aku sambar sebuah motosikal LC125 baru. Now, aku pakai dua kenderaan, my Wivo dan LC bergilir-gilir. Aku sambar lagi TV LCD Sony Bravia 32' semata-mata nak main games Xbox360. Lepas tu sambar lagi camera DSLR Nikon D90. Memang boros betul. Tapi aku tak lupa saving.

Pada 1hb Jun 2008, aku diarahkan berpindah ke negeri Che Siti Wan Kembang. Dari hujung Selatan ke hujung Timur semenanjung. Negeri Kelantan Darul Naim. Rasanya, sudah nak masuk sembilan (9) bulan aku kerja disini.

Pada 2hb Ogos ni genaplah aku kerja lima (5) tahun dengan kerajaan. Sekejap je masa berlalu. Tengok-tengok umur dah nak masuk 28 tahun (bulan Disember ni). Tahun depan dah nak masuk 29 tahun ni.

Target aku ialah untuk mencapai tahap financial freedom sebelum umur 40 tahun (sama dengan striker cakap. Sama-samalah kita berusaha) Haih.. perjalanan masih jauh..

Labels: , , ,