Materialisme

Bila cakap kerja tukang sapu, kerani surat, office boy, tukang lap cermin bangunan, repair aircond, atau kerja sewaktu dengannya.

Mesti girl tak berapa nak layan kan?? Sebabnya mereka sangat mengambil kisah benda tu. Lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai position kerja yang lebih better dari pekerjaan yang aku sebutkan tadi. Bila mereka tanya? Aku selalu akan cakap aku kerja kerani surat. Bukan apa, malas nak bagitau hal sebenar sebab aku rasa macam agak belagak kalau bagitau benda betul.

Sebabnya, aku taknak mereka akan over estimated aku. Sebab aku ini sangatlah biasa. Biarlah aku down gred dulu dan anggaplah ia sebagai bonus. Kenapa kita kena kerja? Kerja ni semuanya takde tujuan lain. Nak cari duit je. Kalau kau kerja tapi orang tak bayar gaji kau nak kerja kah? Pasti kau cakap, buatpe nak kerja kan? Kalaulah aku dah ada steady income RM25 ribu sebulan, confirm aku resign je.

Baik duduk rumah, pagi-pagi pergi antar bini kerja. Pastu pergi main golf ke, lepak dengan kawan-kawan ke. Kalau bini cuti, pergi holiday. Setiap hari, kalau nak tidur sampai tengahari pun boleh. Sebab kau tak terikat dengan apa-apa.

Banyak benda lagi rasanya aku belum buat atas dunia ni. Kalau umur dah masuk 30 tahun, mybe ada lebih kurang 35 tahun lagi nak menemui ajal. (ikut pada umur Nabi Muhammad s.a.w wafat pada umur 65 tahun)

Apapun berlaku, semua tu adalah cakap-cakap kosong je. Kenyataannya, kalau nak duit memang kena kerja.

Labels: , , ,