Menghalalkan


"Nah duit ni buat belanja pergi sekolah. Mama tak halalkan duit tu kau beli rokok tau!" Tegas Mama sebelum memberikan duit belanja sekolah.

"Ermm baik mama.." (muka seposen tak laku)

Lepas je waktu sekolah, kedai makan depan sekolah jadi tumpuan pelajar. Walaupun depan sekolah tapi line clear punya. Sebab kedai tu je yang jualkan rokok pada pelajar sekolah. Cikgu displin memang malas nak buat ambush selalu. Sebab mereka pun banyak benda lain nak buat.

"Eh! Duan, bila lepas makan ni, sedap juga kalau merokok.. Huishh hujan-hujan plak ni " (hasut)

"A'ah yelahhh.. aku takde rokok. Duit ni cukup tuk bayar makanan ni je." jawab Duan
ikhlas.

"Kalau gitu, pekata kau beli rokok, nanti aku bayarkan kau nasi ni ok? Sebab mak aku tak halalkan duit ni kalau beli rokok. Dosa dol" Beria-ria bagi cadangan.

"Orait boss!!" Sengih Duan dengan mata bersinar-sinar.

Maka berkepul-kepul lah mereka menikmati rokok tu. Nakal tak mereka ni?? Memang!! Tapi semua tu kenangan masa lampau.

Labels: , , ,