Meraikan Raja Sehari

Berbalik pada pengalaman aku, inilah kali kedua (2) seumur hidup aku hadir pada majlis akad nikah. Yang latest ni, memang takleh miss sebab abang kandung aku sendiri. Orang cakap ambik berkat dan pengalaman. Nak juga aku tengok macam mana suasana tu.

Bermula pada proses akad nikah pada malam Jumaat 12 Mac 2009 di Masjid Banggol, Kota Bharu tepat jam 10.30
mlm. Semasa proses lafaz akad nikah tu, bukan sahaja pengantin yang cuak. Malah, aku yang selaku jurugambar tak bertauliah pun turut gugup menghayati saat-saat mendebarkan ini. Sebab tu banyak gambar aku snap tak jadi HUHU~

Cemas pun ada sebab nanti kalau time aku macam mana ye? Buatnya Pak Imam saja nak kenakan aku, memang kelu lidah ni.

Tergagap-gagap.. sebut pun
mulalah silap..err ”sahaja akuu terimaa nikahnya.” eh ada ”sahaja” ke?? Takda kot. HAHA~

Lafaz terima nikah kawasan sekitar ni memang "kacang" je (itu kata aku) HAHA~ Bila je Pak Iman baca, pengantin akan jawab ”Aku terima nikahnya sebanyak yang tersebut” dengan satu nafas. Malam tu, ada 3 pengantin yang dah ready nak dinikahkan oleh Pak Iman. Dan pengantin yang first sekali ialah abang aku. Akhirnya, Alhamdullilah, selesai juga proses akad nikah dengan dua kali lafaz dan mereka telah pun selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri.

Majlis persandingan bermula dirumah pengantin perempuan pada 13hb Mac 2009 (Jumaat) dan rombongan berarak dari pihak lelaki tiba pada jam 4.00 petang. Selesai proses persandingan, pengantin lelaki akan bermalam di rumah pihak perempuan dan berkenalan dengan semua ahli keluarga pihak perempuan.


Pada 15hb Mac 2009. Pihak pengantin perempuan akan bertandang ke rumah pengantin lelaki. Majlis ini kalau tak silap ia dipanggil "Majlis Menyambut Menantu". Sila betulkan kalau tersilap.

Waktu 12.00 tengah malam 14hb Mac 2009

Majlis ni juga ia dibuat bersama Majlis Tahlil dan Doa Selamat. Walaupun, persiapan amat memenatkan namun, kami amat berterima kasih kepada semua sedara-mara dan sahabat handal yang datang menceriakan majlis juga kepada semua yang ringan tulang membantu bermula pada sehari sebelum dan semasa majlis berakhir.

Family bergambar dengan pengantin

Mak saudara dan ayah saudara bergambar dengan pengantin


Dan ucapan jutaan terima kasih kepada dif-dif kehormat YB ADUN, Pengarah Perikanan Negeri Kelantan, Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu, guru-guru dan juga kawan-kawan yang jauh mahupun dekat kerana kesudian tuan/puan memeriahkan majlis tersebut.


Akhir kata penutup bicara, ucapan Selamat Pengantin Baru kepada Mohd Khairil Azhan bin Hj. Zakaria dan Nik Athirah bt. Nik Abdullah. Semoga jodoh mereka berkekalan sehingga hujung hayat dan dimurahkan rezeki anak-anak yang ramai. Amin.

Labels: , , ,