Minta Diisi

Hujannnn.. hujannn.. semalam hujan. Hari ini pun hujan.. Maka, terpaksalah aku memandu kereta champion ke office. Biasanya, aku lebih suka lagi merempit dari pandu kereta ke office. Kesian Wivo duk tengah hujan. Tapi yang pasti, aku akan pastikan Wivo dimandikan terlebih dahulu sebelum disimpan di garaj semula.

Bila hujan camni, memang sejuk. Bangunan gunasama ni memang takleh matikan aircond. Sebab control unit dijaga oleh pihak penjaga bangunan. Jadi terpaksalah aku berbungkus sambil buat kerja. Sekarang dah macam dalam bilik sejuk pulak sebab aku kerja dalam bilik then cermin kat luar macam nak meruap-ruap.. grrrr.. sejuk siol..semua benda dah kecut nih..

Masuk lunch hour, macam biasa perut aku yang tak dengar cakap ni meminta minta tolong diisi.

Tolong-tolong...nak isi..nak isi..Takpelah perut, mari, aku jamukan kau dengan nasi ok. Aku dah janji dengan perut ni. Sebab semalam kau dah tak diisi dengan nasi putih.

Capai payung, turun lift, aku berjalan keluar. Hujan renyai-renyai buat seluar aku tempias. Macam biasa, warung depan office jadi sasaran. Biar aku makan kat situ, biar kaya sikit makcik tu.

Menu pilihan, nasi putih, kuah kari, ikan keli goreng (clarias spp.) dengan air milo kosong. Sedapnya makan nasi hujan-hujan ni.. nikmat amat.. laju je makanan tu masuk dalam mulut. Dan akhirnya, habis juga.

Perut tersenyum gembira kerana telah disi penuh. Mari ye perut, kita naik. Saya nk sambung buat kerja ni. Kami berjalan menuju ke office. Masih banyak perlu diselesaikan.

Labels: , , , ,