Minum Teh

Semalam, aku lepak bersama seorang kawan aku, dah lama tak keluar mengeteh (minum teh) bersama. Maklumlah, dua tiga hari ni hujan lebat je. Bila cuaca dah kembali baik. Elok juga aku melepakkan diri sambil menghilangkan rasa tensen seharian tu. Maka, kami pun mengeteh dekat depan taman perumahan ni.

“Semalam seorang bayi perempuan telah dilahirkan berkaki ayam” Ujar beliau dengan nada sangat serius. Sebenarnya beliau ni adalah kakitangan hospital. Mesti banyak kes terbaru yang dia tahu. Seronok dengar cerita beliau.

“OMG! Betul ke? Pelik ni..macam mana boleh terjadi begitu?” Tanya aku yang memang excited sangat nak tau, sure pasni masuk paper. Gempak seyhh!!

”Awak tau tak kenapa?” Nampaknya beliau cuba menguji tahap kepandaian aku ni. Takpe-takpe..meh biar aku jawab ikut cara saintifik.

”Errr...hurmmm saya rasa mungkin disebabkan hormon pada ayam tu yang memberi kesan kepada DNA bayi tu” Jawab aku membijakkan diri. At least, ada juga jawapan bernas aku kan?

”Sebenarnya cik Shino, bayi tu dilahirkan berkaki ayam kerana, sebenarnya tiada bayi yang berkasut dilahirkan setakat ini” Jawab beliau sambil sinis...

”Erkkkkkkkk!!!” Aku tergamam. Sejuk panas je rasa badan ni..

Labels: , , ,