Penumpang Kapal

Aku naik flight dari KLIA ke Kota Bharu, tahun lepas punya citer. Masa tu, aku kena check in petang. Sebab hujan, then flight terpaksa delay. Tambahan pula masa tu baru lepas musim haji dan umrah. Maka, aku naik flight bersama jemaah-jemaah haji Malaysia.

Sesi cerita kisah benar bermula. Masa welcome aboard tu, aku saja lengah-lengahkan masa masuk flight. Malas nak berebut dengan mereka-mereka ini. Lastly baru aku masuk dan cari tempat duduk aku seperti tiket MAS tu. Biasa aku akan make sure staff aku book tempat tepi tingkap sebab aku suka tengok view masa dalam flight nanti.

Tapi masa tu, aku hampa sebab tempat aku kena curi dek pak-pak aji ni. Tensen-tensen. Tapi takpe lah yang tua didahulukan. Aku duduk seat paling tepi. Dalam flight tu dah macam kat kedai minyak Atar. Bau minyak tu memang semerbak, sendat hidung aku dibuatnya. Nak wat camne, tahan je la ok. Masa tu, aku fikir biarlah cepat-cepat aku sampai Kota Bharu.

Kapal terbang meluncur dengan selamat dan aku mula rehatkan badan sambil melihat gambar-gambar menarik dalam buku Going Place tu. Aku suka tengok gambar sebab scene dia cantik-cantik.

Selepas setengah jam berlepas, pramugari menghidangkan menu biasa, air jus dengan kacang tanah. Tapi masa pramugari tu hidang, aku terpandang gelagat seorang pak aji ni. Tepat-tepat depan mata aku. Biasalah, pramugari kan cantik dengan baju kebaya ketat pastinya menunjukkan susut tubuh yang tinggi lampai tu. Masa nak hidangkan jus tu, of course la pramugari tu terpaksa membongkokkan badan sebab nak hulur minuman tu.

Maka, pemandangan ”indah” itu disaksikan oleh pak aji tersebut yang berada satu jengkal dengan dibelakang pramugari itu. Aku nak tergelak gak bila tengok gelagat pak aji tu. Dengan muka separa stim dan sengih dia tengok je tempat tu lama-lama. Wahahaha Dasyat-dasyat. Berkopiah pulak tu. Biarkanlah, mungkin itu juga dipanggil rezeki HAHA~

Sesi cerita kedua,
Lepas minum dan makan kacang tu. Tetiba peha aku ditepuk oleh seorang pak aji disebelah aku. Dia cakap nak bangun. Aku bagi laluan. Tiba-tiba pramugari tu datang.

"Eh..pakcik..nak pergi mana? "Tanya pramugari

"Nok turun laaahh nii.." Jawab pak aji tu dengan gelagat tergesa-gesa cuba membawa begnya.

"Pakcik.. sekarang belum sampai lagi...pakcik duduk dulu oke..." tegur pramugari dengan nada lembut.

Aku senyum je. Aku ingat dia nak gi tandas.

Kapal terbang selamat landing di airport. Belum sempat mati isyarat pakai tali pinggang mereka ini berebut-rebut membuka kabin diatas. Rimas aku tengok. Sila sabar ok. Kesimpulannya, menaiki pesawat bersama jemaah haji amat tidak menyeronokkan. Sila jangan cuba. Sekian.

Labels: , , , ,