Penyumbang Penyakit

(Pisang bukan penyumbang penyakit)

Kes pertama:

Semasa makan pagi sebelum waktu kerja, aku dengan CC aku makan di sebuah warung sekitar kawasan tempat kerja. Kerap juga aku makan disana. Maklumla, kedai tu banyak pilihan sarapan pagi tapi seriously Kelantan ni memang heaven bagi pengemar nasi. Bermula di awal pagi memakan nasi, tengahari pun makan nasi, petang nasi dan malam pun nasi. Haih lama-lama aku pun terbiasa dengan suasana gitu.

Kes kedua:
Bila lepas meeting, sure makan nasi, tu tak kira sebelum meeting dan dalam
meeting lagi. Pasti akan dijamu dengan pelbagai kuih-muih yang manis-manis. Maka, bertambahlah lagi gula dalam darah.

Kes ketiga:
Bila hadir kursus, especially di INTAN or mana-mana kursus anjuran Jabatan, sure makan tiga kali. Pagi pun makan, pukul 12.00 tengahari makan, petang makan dan malam pun makan. Semua sudah dijadualkan
biar pun tangki sudah penuh diisi.

Kes keempat:
Suasana tempat kerja dari bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan diselubungi angin penyaman udara tanpa henti. Sejuknya sepanjang hari bukan sahaja diwaktu cerah malah diwaktu hujan juga.

Harus aku beringat-ingat kerana semua tu penyumbang kepada bala yang diberi nama "penyakit".

Labels: , , ,