Pilih Yang Mana?

Bagaimana pula lelaki yg menganggap perempuan itu tak cukup sempurna untuk mereka? dan bagaimana pula kalau lelaki itu tak sempurna untuk perempuan itu? Sama je kan? Tiada manusia yang sempurna. Carilah kau kat mana pun, dan kau takkan jumpa.

Kalau "perempuan itu sangat sempurna bagi saya". Itu lainlah. Mungkin bagi orang lain tengok biasa je. Tapi ada juga mamat ni yang tengok girl tu dah macam Siti Nurhaliza. Sebabnya, dia yang suka, bukan orang lain.

Ada yang cantik rupa, tapi perangai out dan tak bleh blah. Bila kenal, rasa meluat amat. Sakit hati sangat-sangat serta menyusahkan hidup. Tapi lebihnya, dia cantik dan nampak lembut serta sedap dipandang.

Ada juga, yang tak berapa cantik tapi perangai baik. Syok juga kenal dengan mereka ini kerana kita rasa senang hati berkawan dengan mereka. Mereka sangat peramah, ikhlas dan tak sombong. Amat tak sakitkan hati. Jadi nak yang mana? Orang cakap, baik pilih yang sakit dimata dari sakit dihati. Sebabnya kalau sakit hati, mulalah jadi menyampah dan sebagainya. Lama-lama jadi benci.

Tapi, naluri manusia nakkan yang cantik. Kalau dapat biasa-biasa dah ok. Cantik ni banyak pula justifikasinya :

1. Rupa paras
(first impression.. wow.. lawa sungguh!!! pandang pun tak jemu-jemu)

2. Budi bahasa
(lembutnya dia..alahai lemah longlai)

3. Perangai
(baiknya, sukanya bersama dengan dia, rindu je selalu, hilang tensen jap)

Tapi bila cakap aku nak yang cantik, terus je orang akan fikir pasal rupa paras. Tul tak? Kalaulah semua cantik alangkah bahagianya. Tak gitu semua? HAHA~

Kebanyakkan perempuan yang mempunyai perwatakan yang cantik biasanya agak ego oleh kerana mereka akan fikir mereka sangat cantik. Dan siapalah lelaki itu bagi mereka. Tul tak?

Orang cakap, perempuan yang cantik pasti akan kahwin dengan lelaki yang tak hensem dan begitu juga bagi lelaki. Tapi bagi aku, mesti ada perkara disebaliknya mereka memilih begitu. Antara sebabnya, ialah mungkin sudah penat dengan perangai lelaki yang hensem yang bertukar-tukar teman wanita. Betul ke?

pic by flickr

Labels: , , , ,