Soalan Wajib


Kalau boleh nak je aku charge sape-sape yang tanya aku soklan pasal kahwin. Satu soklan pasal Girlfriend aku cas RM5. Soklan pasal kahwin pula aku cas RM10. Cash sahaja terima. Sure dah lama aku jadi jutawan ni. Macam Ummps cakap HEHE~

Tahun depan giliran Angah..
Tak kira gak tahun depan kena jadi juga..
Dia terus jatuhkan hukuman..

Balik je kampung sure aku kena tanya soklan tu dengan mama. Bukan tu sahaja, kalau dia call, soklan tu memang soklan wajib. Nampaknya, macam tak sabar sangat nak suruh aku kahwin ni. Sabar ok. Orang tengah berusaha ni.

Jawapan rasmi aku, kalau ada jodoh, adalah mama. Kalau belum sampai jodoh nak buat macam mana. Noktah. Pastu dia bla bla bla bla. Baik diam je dari menjawab kalau nak cepat tukar topik.

Adoii, peningnya! Abang aku baru je kahwin. Inai dijari masih merah lagi tu. Tak caya meh gi tengok. Tapi betul juga, aku faham, mama sangat risaukan aku. Lagipun, aku dengan abang aku, aku muda setahun dari dia. Tak jauh pun beza. At least, sekarang aku patut ada seorang steady girlfriend. Takde ke benda magic bleh berlaku..??!

Buntu je fikir pasal ni. Plus aku pun macam dah nak give up sebenarnya. Macam mana aku nak penuhi permintaan mama aku ni?


pic by flickr

Labels: , , ,