Berkepentingan

Biasanya susah kalau nak selesaikan sesuatu benda jika ada unsur conflict of interest. Itu pesan kawan baik aku. Aku ingat sampai sekarang. Wak Ayob banyak mengajar aku erti hidup. Kepentingan sebegitu pasti mempengaruhi segala tindakan yang akan kau lakukan. Begitu juga dengan urusan kerja seharian. Tetapi manusia amat terdorong oleh kepentingan sendiri tak kira dalam urusan kerja mahupun pergaulan.

Sebagai contoh yang sangat terang. Anda adalah pengurus projek dan penyalur dana. Pasti akan dihimpit oleh kontraktor-kontraktor yang inginkan projek. Cuba bayangkan kalau kau bukan pada position tu, haram diorang takkan nampak kau. Sebab utama ialah ”kuasa” yang ada pada kau.

Namun, semua tu takkan kekal lama. Ini pasti akan hilang suatu hari nanti. Dimasa itu, kau akan tahu siapa kawan kau yang sebenarnya.

Labels: , , , ,