Beza Berbeza

Kadangkala perempuan susah nak difahami,
Bukan sengaja lelaki buat tak reti,
Tapi lambat berfikir dan lambat mengerti,
Apa yang sebenarnya terbuku dihati.

Lelaki pula sangatlah ego dan megah diri,
Sebab itu memang dasarnya orang lelaki,
Bukan sebab pentingkan diri sendiri,
Tetapi hanya nak tonjolkan diri.

Perempuan mudah terasa hati,
Kalau dirinya sering dikasari,
Lelaki kena ambil hati,
Kalau hendak mereka disisi.

Perempuan memang suka dipuji,
Bila dipuji begitu dan begini,
Perempuan akan rasa hepi,
Bibir tersenyum hingga ke pipi.


Senyuman perempuan menawan hati,
Buat lelaki tertarik hati,
Kalau itulah yang diimpi,
Cucuk jarum dan cubalah dampingi.

Lumrah manusia memang begini,
Saling perlu dan saling melengkapi,
Itulah tandanya kasih murni,
Semoga kekal dalam diri.

Labels: , , ,