Bila Kumbang Menari ep. Akhir

Cerita kumbang tamat disini,
Bukan kalah mahupun mati,
Tapi kumbang kena berhenti,
Sebab terjumpa bunga sejati.

Bunga kembang bunga sejati,
Kumbang sudah terpaut hati,
Ingin dijadikan teman sejati,
Biarpun di dunia tanpa henti.

Doakanlah si kumbang sejati,
Biar berkat di dalam hati,
Semoga ia kekal abadi,
Menjadi contoh untuk diteladani.

Cerita kumbang adalah realiti,
Bukan fantasi dah terbukti,
Ini semua kuasa ilahi,
Sematkanlah di dalam hati.

copyright by shino

Labels: , , , ,