Bila Kumbang Menari ep.2

Cerita kumbang tak habis disini,
Penat berehat kumbang pun pergi,

Terus terbang setinggi-tinggi,

Sebab sering patah hati.

Sejauh mana kumbang pergi,

Ke lautan jauh terus diharungi,

Biarpun jauh ke taman syurgawi,

Namun bunga juga yang dicari.

Itulah hakikat kumbang sejati,

Bunga kembang tetap dicari,
Sebab kumbang akan sunyi,

Jika tiada bunga disisi.


Bunga kembang susah dicari,

Walaupun dicari berhari-hari,

Kalaulah jodoh itu yang dinanti,

Ingin kumbang mencuba lagi.

Kumbang pasang nekad dihati,

Biarpun jatuh berkali-kali,

Bunga kembang bunga sejati,

Sesuaikah dengan kumbang sejati?

copyright by shino

Labels: , , , ,