Dilema dan Trauma

Dilema
Jika kau mempunyai niat untuk menyukai seseorang, apa yang kau fikirkan adalah untuk mencapai tahap kestabilan dalam hubungan itu. Pada masa ini, kau akan berharap untuk memiliki hati mereka tapi kau tak tau adakah mereka akan menerima kau?

Jika hubungan yang kau harapkan itu sia-sia belaka, sekarang hanya tinggal dua jalan. Samada kau nak teruskan atau back off dan buka hati kau seluas mungkin. Takkan kau nak syok sendiri dan mengharapkan benda yang tak pasti kan? Tapi ingat, kau harus bagi masa untuk membuat keputusan.

Walaupun perjalanan kau masih jauh dan masa kau sangat kritikal. Tapi, apabila tiba masanya, kau harus melangkah pergi. Itu adalah yang terbaik. Yang penting ialah jangan kau susahkan hidup orang lain untuk kepentingan diri kau sendiri.

Trauma
Pengalaman cinta kau yang lepas banyak mengajar kau erti sebuah cinta. Kau mungkin perit nak lalui pengalaman ini lagi buat kali seterusnya. Tapi itulah sebenarnya kehidupan. Kalau kau terlalu berharap nanti kau akan susah. Lagi tinggi harapan kau, lagi perit kau akan rasa.

Sebenarnya, kau harus lupakan segala kisah cinta lama kau yang tak berguna tu. Dan membuka hati kau seluas mungkin kerana hidup tanpa cinta adalah kosong. Kalau kau terus dibayangi kisah cinta lama kau, kau akan rugikan masa dan hidup kau. Kerana masa itu amat bernilai kalau diisi dengan benda-benda yang lebih berguna untuk diri kau sendiri dan anggaplah kisah silam sebagai kayu pengukur untuk kau terus maju. Fikirlah dengan positif dan insyallah ada hikmah disebalik semua itu.

shino said: "Laut takkan selalu bergelora dan langit takkan selalu cerah kan?"

Labels: , , , ,