Hasrat Ini

Suatu malam yang sunyi sekali,
Seorang kawan datang sendiri,
Ditunjukkan potret si gadis sunti,
Lantas dipegang dan diamati.


Maka kawan bertanya lagi,

Adakah aku sudah ready,

Aku senyum berseri-seri,

Itu tandanya aku sudi.


Maka si kawan berkata lagi,

Si gadis sunti masih sendiri,

Elok juga kalau dicari,

Buat isteri dan juga bini.

Tertanya-tanya dalam hati,

Siapakah gerangan si gadis sunti,

Rupa-rupanya orang dekat-dekat sini,

Kalau pergi boleh balik hari.


Mulalah aku cuba menghampiri,

Gunakan segala kepakaran tersendiri,
Entah ok entah tak ok barangkali,
Namun hati si gadis sukar ditakluki.

Berfikirlah aku seorang diri,
Mengatur langkah dan teknik terkini,

Hati si gadis perlu ditakluki,

Untuk penuhi hasrat hati.


Tapi sejauh mana usaha begini,

Kalau si gadis tak berkata sudi,

Pincanglah segala usaha ini,

Untuk memiliki si gadis sunti.

Bertanya aku si gadis sunti,
Adakah betul itu dan ini,
Gadis sunti berkata begini,
Anggaplah semuanya friend only.


Malu sungguh rasanya diri,
Muka tak hensem disana dan disini,

Biarlah aku pendamkan sendiri,

Berdoa dan bermuhasabah diri.

Jikalau itu yang dihajati,
Perlu diingat dalam hati,

Jodoh pertemuan ketentuan ilahi,

Bukan kehendak aku sendiri.

Labels: , , ,