Jumaat Yang Buhsan


Hari jumaat aku keluar berjalan,
Sebab buhsan asyik duk makan-makan,
Kalau hari jumaat pun aku dah buhsan,
Hari kerja baik aku bagi tumpuan.

Pagi tadi aku basuh pakaian,
Cepat jemur cepat kering mudah-mudahan,
Sebab seminggu aku duk tahan-tahan,
Tunggu masa nak basuh perlahan-lahan.

Bila petang aku ajak kawan bertandang,
Niat dihati nak ambik barang-barang,
Dia cakap ok nanti aku datang,
Tapi sampai petang dia tak datang-datang.

Maka aku pun duduk diam-diam,
Rasa bengang dan rasa semacam,
Kau ni memang jenis yang banyak ragam,
Nanti aku cekik kau sampai lebam.


pic takde kaitan :P hehehe

Labels: , , ,