"Kapal Pecah"

Oleh kerana sudah lama aku mengidam nak makanan bersup. Maka, pencarian ini berakhir apabila aku dan kawan-kawan telah menemui sebuah kedai. Kebersihan kira boleh dibanggakan. Kalau nak bawa kawan-kawan makan pun memang berbaloi. Terletak di area jalan ke Wakaf Bharu, Kelantan.

Jom kita try menu ni. Masakan ni dipanggil "Kapal Pecah". Menurut owner, nama tu berasal apabila campuran bahan masakan Tom Yam berkuah putih dan dimasak bersama hasil laut seperti Ikan Aya, Udang, Sotong, Ketam dan beberapa jenis kerang-kerangan laut.

(capture by Nokia N82)

Kepada peminat seafood, inilah masanya untuk anda mencuba.

Price per bowl : RM8
Taste : Priceless

Labels: , , , ,