Lelaki Murahan?


Tahukah bahawa kenapa kita tidak boleh terlalu excited dengan sesuatu benda. Bila kita terlalu bersungguh-sungguh, walaupun pada dasarnya perasaan itu amat ikhlas. Ia pasti akan dipandang seperti cheap. Lelaki murahan yang tak laku.

Maaf, aku bukan lelaki sebegitu, aku ada maruah diri dan aku hanya bersikap memudahkan urusan dan aku amat positif ke arah tu. Aku juga tak pernah memaksa sesiapa untuk menyukai diri aku mahu pun perlakuan aku yang serba kekurangan.

Aku tak paham sebenarnya. Bila lelaki yang terhegeh-hegeh gilakan perempuan, pasti dianggap sebegitu. Namun, kalau bersikap dingin pula, ia akan dianggap ego dan berlagak bagus serta sering dicop sebagai sombong. Jadi, apakah sebenarnya sikap yang baik?


(gambar hiasan : credit untuk Duan )

Labels: , , , ,