Oh Mastura!


Pada masa ini aku rasanya lebih tertarik kepada aktiviti pertanian untuk mengisi masa lapang bersama keluarga. Penanaman Nangka Mastura ini telah pun mula membuahkan hasil setelah mencapai usia 30 bulan dengan ketinggian pokok adalah 20 meter. Dengan syarat tanaman diberikan baja secukupnya. Baja yang digunakan adalah jenis baja Organik.

Walaupun background aku bukanlah dari bidang pertanian tanaman tetapi aktiviti tersebut sedikit sebanyak memberikan kepuasan bersama disamping mengisi masa lapang.


Nama Saintifik : Artocarpus heteropyllus Lam
Nama Tempatan : Nangka
Keluarga : Moraceae

MASTURA (Cj)
Nangka adalah sejenis buah tropika yang mempunyai nilai komersil yang setanding dengan buah cempedak dan sukun, tetapi kurang diberi perhatian oleh petani, penggemar buah-buahan dan para penyelidik. Hasil dari penyelidikan selama 16 tahun, saintis daripada Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang telah berjaya menghasilkan kultivar baru buah nangka (Arthocarpus heterophyllus) dan diberi nama sebagai nangka MASTURA (Cj - USM 2000). - sumber

Labels: , , ,