Pengajaran

Ali selalu suka kencing merata-rata. Celah pokok bunga, belakang rumah, atas tunggul kayu. Bila nak kencing je, dengan selamba, dia selak dan terus memancutkan paipnya dengan sesuka hati.

Kemudian datang sepupu beliau yang berumur 2 tahun. Menyimbah tempat beliau kencing tadi dengan air sirap. Dan pergi tanpa kesan.

Maka, setelah setengah jam, banyak semut datang menggerumun tempat tu kerana gula pada air sirap itu.

Bila Ali sedar kesan pancutan tadi dipenuhi semut, dia jadi panik. Sebab tengok banyak sangat semut di situ. Adakah Ali sudah terkena kencing manis?? Peristiwa tu amat memberikan pengajaran yang banyak buat Ali yang cetek pengetahuan. Hanya dia sahaja yang tahu.

pic by flickr

Labels: , , ,