Pergi Bertapa ke JB

Freeezziiiiinggggg!!!.. memang sejuk gile tahap gaban level 9 nih.. Sampai naik sengal semua tulang temulang aku ni..Sejuk ni lah yang kadangkala buat aku serik nak naik bus kalau travel. Tambahan lagi kalau travel jauh-jauh macam pergi Johor Bharu ke. Mau je beku aku atas seat empuk milik Cepat Ekspress nih.

Tapi bas ni tak seperti yang diwar-warkan. Hanya gah dek namanya sahaja. Cepat ekspress tidak memberikan apa-apa makna bagi pengangkutan sebegini. Even, aku ambil tiket direct to JB, aku terpaksa berpindah ke dua bas berlainan dan perjalanan taklah smooth mana. Kejap-kejap berhenti. Tak paham aku. Sangat menganggu emosi dan waktu tidur aku. Tutup kes pasal bus.

Dalam tak sedar, kegimikan bermalam dalam bus ekspress menuju ke Johor Bharu. Baru aku perasan ada seorang akak didepan seat aku. Rancak betul dia sembang. Bermula dari start perjalanan sampai aku tidur dah masuk 3 kali sedar, mulut dia memang tak reti nak senyap. Ngok ngek ngok ngek tak henti.

Dalam tak sedar-sedar aku pasang juga telinga. Hehehe isi masa bila mata ni dah taknak lelap kan?

Tanpa disangka, akak tu telah menjadi teman borak aku bila bas mula berhenti untuk minum di suatu kawasan. Taktau kat mana. Gelap. Check jam dah pukul 1.45pagi.

Dia tanya aku banyak. Sampai masuk bab kahwin. Macam-macam dia citer. Dia tanya, dia juga menjawab. Aku angguk-angguk je. Tu yang best tu. Tapi apa yang menarik yang akak ni kupas pasal isu perkahwinan ni ialah "Support life family pihak perempuan" amat mempengaruhi alam berumah tangga. Saved! Aku nak huraikan disini pun rasa macam tak berapa sesuai ah.

Pepun banyak nasihat berguna yang akak tu cerita. Semuanya berdasarkan kes dan pengalaman beliau. Bila aku selidik latar belakang akak ni. Tak sangka plak dia ni penceramah bebas daripada KEMAS. Katanya, bahagian motivasi kekeluargaan. Aku sengih. Patut pun.

Labels: , , ,