Siapalah Aku...

Walaupun aku boleh dikatakan bertindak sebagai penasihat tak bebas untuk kes-kes berkenaan perasaan tapi aku tak mempunyai kemahiran untuk memenangi hati perempuan. Oleh kerana sifat aku yang terlalu berhati-hati dalam usaha memikat seorang gadis menyebabkan setiap tindakan aku seringkali tersasar jauh.

Aku akur itu adalah kelemahan aku sendiri. Dan segala kelemahan ini aku telan hidup-hidup. Pejam mata dan berfikir;

"Patutkah aku tewas sedangkan perjuangan sebenar aku belum lagi bermula"

Pada masa ini aku diibaratkan seorang pahlawan yang gagah berani yang mampu membunuh semua binatang buas hanya dengan sekali pukulan tetapi akhirnya aku tersungkur dan pedang itu akhirnya tertusuk ke rusuk kiri aku. Perit amat. Aku rebah dan meronta-ronta keseorangan di dalam lubang hitam. Sunyi rasanya.

Namun, aku puas dengan segala tindakan aku. Semua telah aku sampaikan niat sebenar walaupun dengan cara berlapik. Tangan ini selalu sangat gatal untuk menaip seringkas dan seerti ayat untuk disampaikan. Tetapi, lantas, cepat-cepat aku campakkannya ke hujung tilam.

Kalaulah hati ini boleh berkata-kata, sudah tentu banyak cerita disebaliknya. Ya Allah permudahkanlah segala urusan ini. Aminnnn~

Labels: , , , ,