Status Pertengahan Tahun

Dari keseluruhan perancangan belanjawan tahun 2009 dalam perbentangan ucapan bajet aku yang lepas. Berikut telah dikenalpasti kemajuan projek-projek yang telah disenaraikan pada tahun ini;

Perolehan Aset 100%
Perolehan aset LC135 dan D90 dengan perbelanjaan sebanyak RM 11,900 telah dileburkan begitu sahaja dan kemajuan pencapaian sebanyak 100%. Ini sedikit sebanyak memberi impak yang besar kepada status dana semasa. Tetapi pelaksanaan perolehan ini adalah bercorak serampang dua mata. Sehingga kini, perolehan aset lain yang tiada pada perancangan awal akan dibekukan. Dengan izin.


Projek Car 100% / -10%
Projek car Wivo telah selesai dilaksanakan dengan jayanya dengan mencecah nilai penyelenggaraan sebanyak RM2,500 pada tahun ini. Namun, masih berlaku sedikit kos luar jangkaan. Jadi, perbelanjaan luar jangka ini akan diselesaikan secara berperingkat kerana prioritinya adalah kecil.


Pelupus
an Aset / Jualan / Lelongan 100%
Pelup
usan dan penjualan barangan tebus guna telahpun selesai dijual dan meraih defisit seperti berikut :

a) Guitar Aku
stik YAMAHA RM150 - murah siot aku jual benda ni.
b) RSM Greddy RM400
c) Boost Controller p
rofec b RM350
d) Radiator wira 1.5 RM50
e) Bumper EVO I RM300
f) Spoiler EVO I RM280
g) Lain-lain RM300

Jumlah hasil jualan : RM1,830. Namun perolehan ini hanya mampu menampung kebocoran perbelanjaan luar jangka sahaja.


Projek Jangka Panjang 40%
Selain itu, pelaburan modal bagi projek jangka panjang masih belum membuahkan hasil setakat ini dan perkara ini akan diteliti dengan lebih series. Namun, dijangkakan ia akan mula beroperasi sepenuhnya pada awal Mei 2009. Pada masa ini dijangkakan projek ini akan mempengaruhi semua perolehan dan jumlah dana semasa. Oleh kerana projek ini amat penting, kebanyakkan dana telahpun disalurkan secara nisbah skala yang paling besar.


Modal Insan 10%
Bagi progress pencapaian tahap modal Insan yang diletakkan didalam perkara yang telah di highlight kan sebelum ini masih belum mencapai kemajuan yang memberangsangkan. Walaupun terdapat rangsang pada peringkat pelaksanaan, tetapi ia masih tidak cukup untuk memberi kesan terbaik bagi pembangunan Modal Insan ini. Ini sedikit sebanyak menjejaskan tahap keberkesanan pelaksana projek lain diperingkat frontliner. Projek ini berstatus projek wajib dan bersambung sehingga selesai sampai mati!. Oleh itu, harus diingatkan bahawa target telahpun digariskan dan tindakan proaktif harus dilaksanakan juga untuk mencapai sasaran sebelum umur 30 tahun.

Status Dana Semasa.
85% telah dibelanjakan. Sehingga kini nilai perbelanjaan adalah melebihi keuntungan dan tindakan penjimatan harus diberi tumpuan serious. Namun, perbelanjaan ini amat berbaloi kerana ia bersifat separa kekal.

Labels: , , ,