Tarik Nafas

Ramai gila orang bertanya kenapa sejak dua menjak ni banyak entri aku jenis yang ala-ala jiwang karat gitu?

Bukan apa, pembawakan unsur jiwang tu terbawa-bawa bermula daripada episod si kumbang. Dan berjangkit ke entri seterusnya. Terima kasih diatas pertanyaan dan teguran jujur tuan/puan. Okay Takes note.

Ok pada masa sekarang, aku memang tensen amat dengan lambakan kerja yang bertimbun-timbun. Rasa macam dah tak larat nak carry benda-benda ni semua lagi. Masalah staff yang tak pro aktif ibarat paku dengan pengetuk. Tapi sampai bila aku nak pukul canang.

Kerja pada environment sekarang sangat mencabar kesabaran aku. Tapi dalam kes kerja sedikit sebanyak menaikkan darah muda aku. Jangan sampai aku dah terbiasa marah-marah. Sebab aku bukan jenis suka marah. Aku bukan jenis moody atau sebagainya tetapi berilah sedikit support untuk laksanakan sesuatu task. Pokoknya ialah kerja berpasukan. Kalau dalam permainan bola sepak pun, kalau semua tak serasi maka pincanglah pasukan tu. Tapi leteren tu ibarat sudah immune dek penyakit yang merebak ni. Entahlah.

One thing kena ingat dalam diri.Once u pegang satu position tu, u tak boleh cakap taktau. Tu ayat yang pernah kena atas hidung seorang staff Jabatan kerajaan semasa bermesyuarat bersama YB EXCO Pertanian Johor pada masa itu. Malu dan merah padam kalau kena brainwash gitu di depan semua D.O dan Ketua Jabatan lain.

Kita kena belajar dan bertanya kalau taktau. Dapat peringkat peralihan ini aku rasa terlalu banyak kekurangan kemahiran staff disini. Bermula dari PAR hingga ke Pen Pegawai. Hakikatnya, cara kerja ini masih berada pada takok lama.

Namun, apa jua keadaan sekalipun, dah menjadi kewajipan sebagai seorang yang telah diberi amanah untuk menyelesaikan semua ini walaupun setiap langkah sering kali tersepak tunggul kayu mati.

Pernyataan "Saya yang menurut perintah" setiap kali mencorakkan tanda tangan buat aku tarik nafas panjang...

Labels: , , ,