1 Julai Bersejarah

1 Julai 2009 menjadi sejarah buat kakitangan awam terutama kepada sahabat-sahabat lama yang telah berkhidmat lebih 20 tahun untuk mendapat ganjaran kenaikan pangkat yang tertinggi. Syaratnya ialah :

1. Lulus PTK
2. Prestasi 80% keatas berturut-turut sebanyak 3 kali.
3. Berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun ke atas.

Namun, ia terkecuali bagi guru-guru kerana mereka ini telahpun melalui proses ini sejak lama dahulu. Walaupun, arahan ini hanya kepada Kumpulan Sokongan I dan Sokongan II, Aku berpendapat, ia adalah sangat wajar kerana kesetiaan dan khidmat mereka ini yang tak berbelah bahagi kepada kerajaan. Terima Kasih diucapkan kepada Perdana Menteri Malaysia kerana keperihatinan beliau.

shino said : Bila agaknya giliran Kumpulan Pengurusan dan Profesional pula? :P

Labels: , , ,