Alangkah...

Bagaimana rasanya bila:
Pakai short dan berdiri di puncak bukit, kemudian, pejam mata lama-lama sambil mendengar air laut bergelora. Apa lagi, terjun secara boogey ke dalam laut. Lagi tinggi lagi best.

atau,

Mandikan diri dengan bersih-bersih, pakai short, pasang aircond 16 darjah celsius dan tidur sepanjang hari. Berselimutkan comforter dan sambil peluk bantal empuk. Udara pula dengan bauan bunga Lavender. Fresh sungguh.

atau,

Pergi ke suatu pulau yang sunyi dan lari dari sibukkan kota dan orang ramai. Duduk diatas batu sambil memancing. Ahh tenangnya.

atau,

Menuju ke suatu tempat air terjun. Duduk bersila di atas batu dan biarkan air terjun itu menghempas kepala dan badan. Biarkan selama 1 jam.

atau,

Berada dipuncak gunung. Bersila sambil memerhati keindahan alam dan menikmati matahari terbenam diwaktu senja.

atau,

Terjun ke lautan luas dan diving sampai ke dasar sambil melihat coral dan anak-anak ikan. Dan memberi makan ikan di dasar laut.

atau,

Berkelah disuatu tempat yang nyaman sambil menikmati BBQ dan mendengar pukulan ombak dan siulan burung layang-layang.

atau,

Memandu kereta dengan laju ditrack dan melakukan aksi drifting tanpa henti. Pastikan kereta itu ialah kereta Nissan SilviaS15 atau Mazda FD3s.

Alangkah ...

Labels: , , ,