Bantuan GPS Yang Berbaloi

Semalam aku try GPS Garmin GPS Nuvi Series milik kawan aku. Rasanya memang sangat ok kalau digunakan untuk travel. So, dengan penggunaan alat ini, kita tak payah nak berhenti bertanyakan tentang kawasan dan lokasi tempat yang ingin di tuju. Semuanya jelas terpapar di skrin bersama guide yang sangat jelas. Juga ada opsyen untuk bahasa pilihan dan voice command.

Bagi aku yang memang buta kayu area Kuala Lumpur, rasanya penggunaan alat GPS ni banyak membantu dalam pemanduan di lokasi yang sangat asing. Harganya adalah lebih kurang RM 800 - RM 1500 bergantung kepada jenis dan model.

Sebelum ni, apabila travel aku akan beli map di 7Eleven untuk mendapatkan panduan jalan. Namun, ia tidak banyak membantu oleh kerana jarak dan lokasi di dalam peta kadangkala tidak setepat kawasan sebenar contohnya dari segi jarak dan kadangkala di dalam peta hanya ditunjukkan main building sahaja sebagai panduan. Sukar bagi orang yang sangat tidak biasa dengan sesuatu tempat.

Sekarang baru aku perasan kenapa warga asing etc Singaporean yang melancong ke Malaysia dengan memandu jarang berhenti bertanyakan jalan dan haluan. Bila diselidik, mereka telah menggunakan teknologi ini sebagai alat bantuan pemanduan.

Walaupun aku menggunakan telefon Nokia N82 yang telah dilengkapi GPS. Tetapi penggunakan telefon dengan function yang pelbagai sering mendatangkan masalah terutama dari segi ketahanan bateri semasa penggunaan dan jarak serta bangunan yang tidak dapat diagak dan arahan skrin sering mengelirukan. Oleh itu, sila dapatkan alat GPS sebenar.

Bagi aku, model Garmin Nuvi 205 GPS sudah sangat berbaloi untuk travel di dalam Malaysia. Namun, semuanya bergantung kepada penggunaan anda. Apepun sila dapatkan model yang sudah update maps!

Labels: , , , ,