Mana Yang Patut

Macam ni, kalaulah kau, parent kau dan parent dia je yang okay terima kau tapi diri dia tu sendiri langsung tak suka kau, itu semua tak guna. Sebab yang nak kahwin bukan parent kau tapi kau sendiri. Tak guna sebenarnya kalau kau duk desak pun.

Sebab kalau jadi pun, suatu hari nanti benda ni pasti akan diungkit. Aku bukan nak takutkan kau. Tapi yelah kita kalau hidup ni kena beringat juga. Aku bukan nak menghasut kau tapi aku nak ajar kau macam mana nak berfikir.

Sebenarnya perasaan tu kena datang dari hati dia sendiri barulah ia boleh melengkapkan hubungan tu. Kalau kau je yang beria-ria pun tak guna dan kalau dia saja yang beria-ria tapi kau taknak pun tak jadi juga.

Satu lagi, dah la dia tak suka sangat kat kau, cuba kau fikir, macam mana kalau dia demand dengan kau benda yang kau tak mampu nak buat. Aku percaya kau akan susah hati nanti. Sebab kau tak boleh jadi lebih dari diri kau sendiri. Sekali dua okay, tapi kalau selalu, aku ingat hidup kau akan susah.

Tapi aku tau, kau pun bukannya takde pilihan lain pun, cuma aku rasa kau suka sangat kat budak tu sebab kau sukakan parent dia je. Dalam bab ni, aku rasa kau kena konsisten dengan keputusan kau. Kalau nak drag lama sangat pun, kau sendiri akan rugi. Sebab kau takde jaminan apa-apa. Kau ingat pesan aku tu.

pic by flickr

Labels: , , , ,